Eload System- Topup Kredit serendah RM3

Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts

Friday, 24 April 2009

MEMBERI SALAM

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawiciter tentang sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam ygpenuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kitaberkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"contoh lerr ..Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalahberdosa, walaupun sekadar gurauan!Semoga ada manfaat.Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"Assalamu'alaikumUntuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melaluitulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklahkita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama maknadengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dariperkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITAKEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYAILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKADIAMALKAN.kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

SANGAT MENARIK LAGI BENAR

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!! Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa) Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Monday, 2 March 2009

RENUNGAN BERSAMA


 

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian . 

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG 
======================================================== 

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja 
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir 
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) . 
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan 
tersebut . 

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang 
melalaikan sembahyangnya maka jawab ba gin da "Iaitu mengakhirkan waktu 
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain . 
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka 
mereka diancam dengan neraka wail" . 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas 
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai 
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak 
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya" . 

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua 
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki 
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar" . (Riwayat Al-Hakim) 

Wallahua'lam . 

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 
--------------------------------------------------- 

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di 
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan . Tiga jenis seksa di 
dalam kubur ialah:- 

1 . Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih 
tulang-tulang dada . 

2 . Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan 
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti . 

3 . Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu 
berkata: 

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan 
sembahyang Subuh . " 

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan 
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang 
Zuhur . Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, 
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak 
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula . Demikianlah berterusan 
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat . 

CUAI SOLAT LIMAWAKTU 
----------------------------------------- 

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah 
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan 
perjalanan . 
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan 
sembahyang semasa hidup mereka . Bisa ular itu pula menggelegak di dalam 
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh da gin g badan mereka . 
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah 
seterusnya . 

PEMINUM ARAK 
------------------------- 

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di 
tangan mereka . Kemudian mereka disula dengan api neraka . Terdengarlah 
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua 
man usia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau 
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu man usia yang 
berhimpun di PadangMahsyar . Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau 
busuk . Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus 
ke Neraka Jahanam . Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke 
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh 
pula ke atas kaki . Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar 
dari api selama seribu tahun la man ya . Kemudian dikeluarkan dan 
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di man a ular-ular dan kala yang 
bisa sentiasa menggigit badan mereka . Di kepala mereka diletakkan 
mahkota dari api neraka man akala rantai-rantai di tengkuk mereka . 

MENGKIANATI HARTA 
----------------------------------- 

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda 
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka . Mereka dipaksa terjun 
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut . Apabila mereka timbul, 
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta 
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai . Begitulah 
diulang-ulang selama mereka di laut itu . 

AZAB BAGI YANG KEDEKUT 
------------------------------------------- 

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan 
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar 
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa . 

SAKSI BOHONG 
------------------------ 

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung 
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan 
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur 
luluh da gin g dan tulang mereka . Kemudian pulih semula dan dipukul lagi . 
Begitulah seterusnya selama-la man ya seksaan bagi mereka . 

MENGUMPAT 
--------------------- 

putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat 
sangat . 
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula . Bila pulih digunting 
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi . Di dalam setiap tingkat neraka 
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu . Setiap pokok mempunyai 70 ribu 
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa . Di dalam buah 
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti 
anak panah yang tajam-tajam . Mangsa- man gsa Neraka dipaksa memakan 
buah-buah kayu tersebut . 

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun 
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang . 
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang man a setiap ekor 
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa . 

---------------------------------------------------- 
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar . 
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, 
pedih dan derita yang tiada hujungnya . Untuk mereka yang mahu mengambil 
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita 
man usia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya . 

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan 
dosa-dosa . Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya 
adalah seksa di neraka kelak . Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba 
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang 
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak 
men gin gati Allah . Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang 
Allah swt, dan diampunkan dosa kita . 

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt . Walau sebanyak man a dosa 
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah 
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun . Namun kalau dosa 
itu ada kaitan dengan man usia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, 
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang 
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt . 

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan 
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi 
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya . 

Wallahua'lam .