Eload System- Topup Kredit serendah RM3

Friday 24 April 2009

KLIK DAPAT DUIT?

MEMBERI SALAM

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawiciter tentang sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam ygpenuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kitaberkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"contoh lerr ..Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalahberdosa, walaupun sekadar gurauan!Semoga ada manfaat.Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"Assalamu'alaikumUntuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melaluitulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklahkita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama maknadengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dariperkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITAKEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYAILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKADIAMALKAN.kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

SANGAT MENARIK LAGI BENAR

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!! Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa) Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Friday 3 April 2009